
Selamat datang ke laman web SiFluffy.com.
Blog ini lahir daripada seekor kucing yang sangat istimewa dalam hidup saya, Fluffy.
Fluffy lahir pada 19 April 2021, dan sejak dia hadir dalam hidup saya, banyak perkara berubah. Daripada sekadar suka tengok gelagat kucing, saya mula belajar betul-betul tentang dunia kucing.
Tentang makanan mereka, perangai mereka, penjagaan harian, kesihatan, dan juga bagaimana kucing boleh menjadi teman yang sangat rapat dengan manusia.
Macam pemilik kucing yang lain, saya juga melalui pelbagai pengalaman bersama Fluffy.
Ada saat yang kelakar, ada saat yang manja, dan ada juga waktu-waktu yang buat saya risau. Tapi daripada semua itulah, saya belajar banyak perkara yang saya rasa sangat berharga untuk dikongsi.
Sebab itulah saya bina SiFluffy.com.
Blog ini ialah ruang santai untuk saya berkongsi tentang kucing.
Daripada tips penjagaan, produk keperluan kucing, makanan, kesihatan, hinggalah kepada cerita-cerita tentang kehidupan bersama Si Fluffy.
Saya bukan doktor haiwan atau pakar veterinar. Saya cuma seorang pencinta kucing yang mahu berkongsi pengalaman sebenar, dengan harapan ia boleh membantu pemilik kucing lain juga.
Kalau anda juga pencinta kucing, selamat datang. Terima kasih kerana sudi melawat laman web ini!
